X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Peratusan jalani ujian pap smear masih rendah

Siti Zailah pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Baucer Saringan Mamogram dan Ujian HPV Ona (Weare) sempena Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks 2022 di Desa Tunas Hijau pada Isnin. - fotoBERNAMA
A
A

LABUAN - Kanser serviks atau pangkal rahim merupakan kanser ketiga tertinggi dalam kalangan wanita di negara ini, namun kadar peratusan wanita yang menjalani ujian pap smear bagi pengesanan awal penyakit itu masih rendah.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, selain kanser ovari dan payudara, kanser serviks menjadi ancaman khususnya kepada wanita muda di negara ini.

"Sehubungan itu menerusi Bajet 2022, kerajaan telah memperuntukkan RM11.5 juta bagi saringan dan ujian kanser payudara dan serviks di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Baucar Saringan Mamogram dan Ujian HPV DNA (WcaRe) kepada 100 penerima diwakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sempena Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks 2022 di Desa Tunas Hijau di sini pada Isnin.

Siti Zailah juga berkata, lebih 80 peratus wanita di negara ini belum menjalani ujian mamogram bagi pengesanan awal kanser payudara sedangkan nisbah menunjukkan 34.1 wanita bagi setiap 100,000 wanita di negara ini berdepan dengan penyakit itu.

"Saya menyeru kepada wanita di negara ini agar menyahut seruan kerajaan untuk segera membuat saringan awal melalui pelbagai program yang disediakan. Jangan tunggu parah baru buat saringan, ambillah kesempatan dan peluang yang diberikan,” katanya.

Sementara itu, Siti Zailah berkata, kementeriannya melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah memperkenalkan Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) dalam usaha mempromosikan program subsidi ujian mamogram dan saringan kanser serviks (Ujian HPV DNA).

Menurutnya, beberapa langkah telah diambil oleh LPPKN bagi menggalakkan wanita menjalani ujian tersebut termasuk menyediakan kemudahan pengangkutan dari Klinik Nur Sejahtera atau pusat komuniti ke pusat mamogram.

Selain itu katanya, elaun makan RM10 bagi klien yang dirujuk menjalani ujian di pusat mamogram yang jarak lebih 200 kilometer atau bagi perjalanan lebih empat jam sehala dari tempat berkumpul.

"Bantuan kemudahan penginapan sebanyak RM110 sehari juga diberi kepada klien yang tidak dapat menyelesaikan urusan mamogram pada hari yang sama,” katanya. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!