Syarikat penerbangan tambang murah MYAirline bakal dilancar

Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang baharu dijangka dilancarkan di negara ini tidak lama lagi. (Gambar hiasan) - Foto 123RF
Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang baharu dijangka dilancarkan di negara ini tidak lama lagi. (Gambar hiasan) - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang baharu, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) dijangka dilancarkan di negara ini tidak lama lagi.

Memetik laporan media The Edge, penubuhan syarikat berkenaan bakal mencabar syarikat penerbangan tambang murah lain iaitu AirAsia Group Bhd.

Menurut laporan tersebut, syarikat itu sebelum itu didaftarkan sebagai Z9 Elite Sdn Bhd, telah diberikan kelulusan bersyarat untuk Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) pada 22 Disember tahun lepas.

“Lesen itu sah selama 12 bulan dari 1 Januari hingga 31 Disember 2022.

“ASL membolehkan pemegang lesen menjalankan perkhidmatan penumpang dan kargo berjadual seperti Malaysia Airlines Bhd dan AirAsia,” kata kenyataan itu pada Isnin.

Artikel Berkaitan: