Pupuk Minat Memancing Dari Usia Muda

A
A
A
Aktiviti menangkap ikan darat seperti ikan puyu, sepat, haruan menjadi satu sumber pendapatan sampingan kepada pesawah.

Bagi anak-anak pesawah aktiviti memukat, menjala, memancing ikan darat adalah aktiviti biasa bagi mereka.

Namun bagi mereka yang tidak pernah merasai pengalaman ini, Loqsakri Agro Farm menawarkan konsep bersantai secara ‘back to nature’ yang mendapat sambutan menggalakkan terutamanya daripada pelancong luar Kedah.

Menurut pemilik Loqsakri Agrofarm, Mohd Fakhrul Rozi, ramai pengunjung dari Johor, Pahang, Melaka sangat teruja dapat melihat sawah padi secara dekat dan melakukan aktiviti memancing ikan darat yang dilakukan di bawah pondok atau mana-mana lokasi pilihan mereka.

Beliau berkata selain beriadah pengunjung boleh menikmati masakan ala Thai yang ditawarkan iaitu Miang Pla Phau (Talapia/Siakap) dan jeli kelapa dalam buah kelapa sambil menghirup udara yang nyaman. - Foto Bernama.
Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Pink Moon

No Image Caption
GALERI

Hari Buku dan Hari Hak Cipta Sedunia

No Image Caption
GALERI

Program Jom Baca 10 Minit

No Image Caption
GALERI

DAIWA 2024