X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

Semangat baharu Yen Wei, Tang Jie

Yen Wei dan Tang Jie bermula positif di Terbuka India yang berakhir pada Ahad. Foto: BAM
A
A

PEMAIN beregu campuran negara, Peck Yen Wei menyasarkan keputusan lebih positif pada Kejuaraan Antarabangsa India selepas tampil permulaan menyakinkan di Terbuka India dalam misi meraih kedudukan 20 terbaik dunia tahun ini.

Malah pemain berusia 25 tahun dari Kuala Lumpur itu yang juga gandingan Chen Tang Jie percaya motivasi positif mara ke perlawanan akhir pada penampilan pertama di Super 500 menjadi pengalaman berguna buat pasangan beregu campuran di kedudukan 40 dunia tersebut.

“Saya dan Tang Jie amat berpuas hati secara keseluruhan dengan pencapaian kami di Terbuka India kali ini kerana ini merupakan penampilan pertama.

“Biarpun akui kecewa gagal meraih kejuaraan pada penampilan pertama, namun kami mendapat pengalaman berguna di sepanjang saingan kali ini dalam memperbaiki corak permainan.

“Saya percaya pengalaman di Terbuka India ini akan menjadi pembakar semangat untuk kami meraih lebih banyak lagi keputusan positif pada tahun ini dalam misi kami meraih kedudukan dalam kalangan 20 terbaik tahun ini,” katanya.

Pada penampilan sulung aksi final Jelajah Dunia Super 500 Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Yen Wei-Tang Jie yang berstatus ranking 40 tewas 15-21, 18-21 kepada beregu dari Singapura, Terry Hee Yong Kai-Tan Wei Han (ranking 182) dalam aksi 40 minit di KD Jadhav Indoor Hall, New Delhi.

Pada masa ini jelas Yen Wei, dia dan Tang Jie akan memberikan sepenuh tumpuan untuk kejuaraan di Jelajah Dunia Super BWF di Lucknow yang bermula pada Selasa.

“Apabila berakhirnya kejuaraan di Lucknow, saya dan Tang Jie akan berbincang dengan jurulatih mengenai perancangan seterusnya,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!