Sekolah tak cukup di Selangor!

Isu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, Klang yang padat kerana mempunyai pelajar terlalu ramai menjadi tular di media sosial.
Isu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, Klang yang padat kerana mempunyai pelajar terlalu ramai menjadi tular di media sosial.
A
A
A
SHAH ALAM - Isu sekolah tidak mencukupi di Selangor sangat kritikal apabila bilangan pelajar melebihi jumlah jumlah sekolah yang disediakan.

Berdasarkan Maklumat Asas Pendidikan Negeri Selangor sehingga 31 Januari lalu, jumlah sekolah rendah dan sekolah menengah di negeri ini sebanyak 939, manakala bilangan pelajar sekolah rendah dan menengah seramai 891,966.

Jika dibuat perbandingan bagi tempoh sama pada 2018, jumlah sekolah rendah dan sekolah menengah di negeri ini sebanyak 937, manakala bilangan pelajar sekolah rendah dan menengah pula seramai 885,017.

Statistik perbandingan itu menunjukkan bilangan pelajar semakin meningkat tetapi hanya dua sekolah bertambah. Mengapa situasi ini berlaku?

Penolong Pengarah Kanan, Unit Pembangunan Jabatan Pendidikan Selangor, Man Aton berkata, perlu ada prosedur bagi membina kemudahan pendidikan itu.

Menurutnya, permohonan perlu dibuat bidaan di dalam RMK melalui 'rolling plan' yang dipanjangkan kepada Kementerian Pendidikan.

Katanya, selain itu, pembinaan kemudahan itu juga merujuk kepada kepadatan sekolah sedia ada dan keperluan penduduk.

Menurutnya, nisbah penduduk dengan jumlah sekolah di Selangor pula ditentukan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor berpandukan buku manual dan garis panduan piawaian negeri Selangor.

"Ratio pembinaan sekolah untuk satu sekolah menengah adalah bagi setiap 9,000 penduduk dan satu sekolah rendah bagi setiap 3,500 hingga 7,000 penduduk," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mengulas mengenai kekurangan sekolah di negeri ini, Man memberitahu, Meru adalah antara kawasan yang memerlukan tambahan sekolah rendah dan menengah.

Bagaimanapun katanya, tiada tapak yang disediakan kerana kawasan itu ialah kampung tradisi, selain banyak perumahan baharu berskala kecil.

"Selain itu, pertumbuhan penduduk di Sepang juga menyebabkan peningkatan enrolmen murid. Sebagai contoh, di Kota Warisan, Sepang terdapat keperluan mewujudkan sekolah menengah," katanya.