Kes Covid-19 dijangka meningkat ketika Tahun Baharu Cina, Thaipusam

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
A
A
A

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Jumlah kes harian Covid-19 di Malaysia berkemungkinan meningkat menjelang dua sambutan perayaan utama iaitu Thaipusam dan Tahun Baharu Cina jika orang ramai mengabaikan prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengingatkan orang ramai agar kekal mematuhi SOP khususnya pemakaian pelitup muka di samping mengamalkan TRIIS (ujian saringan, melaporkan hasil ujian saringan, menjalani kuarantin, memaklumkan pada kontak rapat jika positif dan mendapatkan rawatan segera).

“Aktifkan fungsi MySejahtera Trace di kawasan orang ramai dan dapatkan dos penggalak,” katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya pada Isnin.

Mengulas lanjut, Khairy menambah, rakyat Malaysia dilihat berjaya memastikan penularan Covid-19 kekal terkawal selepas dua sambutan besar sebelum ini iaitu Krismas dan Tahun Baharu meskipun negara diancam Omicron.

Dalam tempoh berkenaan, jumlah kes harian kekal antara 2,600 hingga 3,700 kes walaupun kadar kebolehjangkitan Covid-19 meningkat kepada 1.0.

“Kita sudah lakukan dengan baik dalam memastikan jangkitan Covid-19 kekal terkawal sepanjang Krismas dan Tahun Baharu walaupun berdepan Omicron,” katanya.

Artikel Berkaitan: