Dua lelaki curi kabel telefon PLUS dicekup

Abdul Majid (dua,kiri) menunjukkan peralatan dan kabel telefon yang dipotong sebelum dicuri oleh dua suspek di Lebuh Raya Utara-Selatan.
Abdul Majid (dua,kiri) menunjukkan peralatan dan kabel telefon yang dipotong sebelum dicuri oleh dua suspek di Lebuh Raya Utara-Selatan.
A
A
A

MELAKA - Kegiatan dua penagih dadah mencuri kabel telefon kecemasan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) sejak dua tahun lalu berakhir apabila mereka ditahan polis pada 9 Januari lalu.

Ketua Polis Melaka Abdul Majid Mohd Ali berkata, dalam kejadian jam 1.47 pagi itu, anggota polis bantuan PLUS sedang membuat rondaan di Kilometer 174.9 lebuh raya berkenaan sebelum terserempak dengan dua suspek dalam keadaan mencurigakan lalu menghampiri mereka untuk membuat pemeriksaan.

Menurutnya, kedua-dua suspek itu bagaimanapun melarikan diri ke bukit berhampiran dan dikejar anggota polis bantuan tersebut, namun dia gagal menangkap suspek berkenaan sebelum menghubungi polis bagi melaporkan mengenai kejadian itu.

"Bertindak atas maklumat diterima daripada anggota terbabit, sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka serta dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Anjing pengesan itu berjaya menjejaki laluan suspek dan menemui kedua-dua mereka sedang bersembunyi di kawasan semak berhampiran," katanya ketika sidang akhbar di IPK Melaka. Bukit Beruang di sini pada Isnin.

Anjing K9, bernama Spunth yang berjaya mengesan kedua-dua suspek yang bersembunyi di kawasan semak berhampiran Lebuh Raya Utara-Selatan.
Anjing K9, bernama Spunth yang berjaya mengesan kedua-dua suspek yang bersembunyi di kawasan semak berhampiran Lebuh Raya Utara-Selatan.

Jelas beliau, semakan awal mendapati kedua-suspek merupakan penagih tegar malah salah seorang daripadanya mempunyai 25 rekod jenayah, 10 rekod dadah dan tiga rekod di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959, manakala seorang lagi suspek mempunyai satu rekod jenayah dan satu rekod dadah.

Menurutnya, modus operandi mereka dipercayai menyasarkan kabel telefon milik PLUS dengan memotong dan mencuri kabel di sepanjang lebuh raya PLUS di Johor dan Melaka.

Artikel Berkaitan:

Katanya, PLUS dianggarkan mengalami kerugian kira-kira RM40,000 akibat kecurian kabel yang dilakukan oleh kedua-dua suspek itu sejak dua tahun lalu.

"Siasatan juga mendapati mereka terlibat dalam sebanyak tujuh kes kecurian kabel iaitu enam di Johor dan satu kes di Melaka.

"Kedua-dua mereka masih direman sehingga Rabu ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan," katanya.