KPDNHEP bantu seragamkan harga di pedalaman Sabah

Alexander meninjau harga barangan di Pasar Besar Kota Kinabalu selepas merasmikan alat ulang siar di Kota Kinabalu pada Isnin.
Alexander meninjau harga barangan di Pasar Besar Kota Kinabalu selepas merasmikan alat ulang siar di Kota Kinabalu pada Isnin.
A
A
A

KOTA KINABALU - Pelaksanaan Program Penyeragaman Harga di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) antara usaha membantu menyeragamkan harga barang di kawasan pedalaman terutama di Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, menerusi program itu rakyat di pedalaman di negeri ini dapat menikmati harga barangan yang sama di bandar.

Katanya, kerajaan menanggung kos pengangkutan dan penghantar barangan untuk membawa tujuh barangan bersubsidi dan kawalan daripada pembekal di bandar ke kawasan pedalaman terpilih.

"Program ini merangkumi Program Pengedaran Barang iaitu beras, gula putih paket satu kilogram, minyak masak paket, gas cecair petroleum (LPG) dan Community Drumming (Petrol RON95 dan diesel)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan alat ulang siar di Pasar Besar Kota Kinabalu, di sini pada Isnin.

Beliau memaklumkan lawatan kerjanya di negeri ini sempat melakukan lawatan di Pulau Bum-Bum, POS Mayok, POS Amin dan POS Charleys di Kundasang untuk melihat sendiri barangan itu dihantar

Tambah beliau lagi, pada tahun ini kerajaan memperuntukkan sebanyak RM240 juta untuk Program Penyeragaman Harga yang melibatkan Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming.

"Sebanyak RM400 juta pula untuk Program Penstabilan Harga Minyak Masak dan RM40 juta untuk Subsidi Tepung Gandum Kegunaan Am," katanya.

Mengulas berhubung program yang dihadirinya, beliau memaklumkan alat ulang siar yang dipasang di pasar itu sebagai rujukan dan saluran advokasi berkenaan norma baharu dan perkara yang berguna untuk masyarakat.

Artikel Berkaitan:

"Sehingga kini, KPDNHEP telah memasang enam unit iaitu di Pasar Utama Pekan Rabu Kedah, Pasar Chowrasta GeorgeTown, Pasar Payang Kuala Terengganu, Pasar Utama Siti Khadijah Kota Bharu, Pasar Besar Satok Kuching, Pasar Tamu Kapit dan kini di Pasar Besar Kota Kinabalu," katanya.