X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Kluster Air Hitam babit 128 kes positif Covid-19

S Veerapan
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 128 kes Covid-19 membabitkan Kluster Air Hitam dikesan di Pusat Latihan Polis Air Hitam (Pulapol), Jempol setakat Ahad.

Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar Negeri Sembilan, S Veerapan ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin berkata, kes indeks bermula dengan saringan bergejala terhadap lima pelatih dan keputusan ujian positif.

Menurut beliau, sehingga 16 Januari, seramai 602 individu disaring dan 128 daripadanya positif, 444 negatif manakala 30 lagi sedang menunggu keputusan.

"Kes positif sedang dirawat dan kontak rapat sudah diasingkan," katanya.

Sinar Harian dimaklumkan kluster berkenaan diisytiharkan pada Khamis lepas dan operasi latihan dihentikan bermula 10 Januari melalui penutupan asrama yang kini menjadi pusat isolasi.

Pusat berkenaan hanya dibuka untuk urusan pentadbiran sahaja.

Dalam perkembangan berlainan, Veerapan memaklumkan, sehingga jam 12 tengah hari Ahad, terdapat 203 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS).

menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 115,717 kes dan jumlah kematian Covid-19 ialah 1,327.

"Sehingga kini, terdapat penambahan satu kluster baharu dilaporkan iaitu Kluster Jalan Pulai Impian, Seremban menjadikan tujuh kluster tempatan yang masih belum diisytiharkan tamat di Negeri Sembilan," katanya.

Enam kluster lain ialah Klauster Air Hitam (128 kes), Industri Jalan Mukasauk (55), Persiaran Pendidikan Nilai (53), Jalan Geliu(32), Kasih Kemboja (25), dan Jalan Merpati Serting (21).


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!