X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Covid-19: 36 kes babitkan Kluster di SMK Tambunan

Masidi - Foto Bernama
A
A

KOTA KINABALU - Sebuah kluster Covid-19 dilaporkan berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambunan dengan 36 kes dikesan setakat Ahad, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata, kluster institusi pendidikan tercetus di asrama lelaki sekolah berkenaan dan kes indeks merupakan pelajar berusia 18 tahun yang disahkan positif pada 13 Januari lepas melalui ujian saringan kendiri.

"Hasil saringan kontak rapat terhadap rakan asrama juga mengesan 35 lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif kluster ini sebanyak 36 kes.

Semua kontak yang positif telah diasingkan dan diberi rawatan yang sesuai.

"Siasatan lanjut yang dibuat menunjukkan setakat ini, jangkitan dan penularan virus terhad dalam kalangan pelajar yang tinggal di asrama sama,” menurutnya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambunan merupakan sebuah daerah di kawasan pedalaman tanah tinggi Sabah yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Kota Kinabalu.

Masidi juga berkata 213 kes direkodkan pada Ahad menjadikan jumlah kumulatif 244,217 dan pesakit Covid-19 yang sembuh ialah 108 kes menjadikan jumlah kumulatif pesakit pulih 236,443 orang manakala 761 pesakit sedang menerima rawatan.

"Bilangan pesakit tahap empat dan lima menerima rawatan yang masih belum lengkap vaksin ialah seramai 22 orang,” katanya. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!