X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 08 Julai 2022

Nak beraya, ambil dos penggalak

Kajian juga menunjukkan bahawa suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 membantu merangsangkan tindak balas sistem imun yang menurun dan meningkatkan peneutralan antibodi untuk melawan varian yang mudah berjangkit.- Foto 123rf
A
A

SHAH ALAM- Semua individu perlu menjalankan tanggungjawab bagi memastikan kes harian Covid-19 tidak menunjukkan peningkatan dan sentiasa memberikan perkembangan positif dalam negara.

Ini kerana, apabila kes harian menunjukkan penurunan, nescaya, situasi seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan sebelum ini tidak akan berulang kembali.

Sedia maklum, pelbagai perayaan bakal tiba tidak lama lagi. Semestinya, orang ramai mahu meraikan bersama yang tersayang. Ada juga yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman.

Sebagai persediaan menghadapi setiap perayaan, semua digesa untuk mengambil dos penggalak yang disediakan bagi memastikan imuniti badan berada di tahap yang baik untuk melawan virus Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga telah memaklumkan di Twitternya agar orang ramai segera mendapatkan dos penggalak vaksin Cocid-19 sebagai perlindungan diri dan keluarga.

Jelas beliau, langkah tersebut sebagai satu daripada usaha bagi umat Islam menyambut Hari Raya pada Mei ini.

"Sila dapatkan dos penggalak vaksin Covid-19 untuk perlindungan diri dan keluarga. Ia sebagai satu usaha bersama kesiapsiagaan menyambut Hari Raya nanti, InsyaALLAH," ciapnya.

Dos penggalak ini tidak perlu dibayar, sebaliknya diberi secara percuma oleh kerajaan. Tiada sebarang caj yang dikenakan. Jadi, tidak perlu untuk khuatir.

Kajian juga menunjukkan bahawa suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 membantu merangsangkan tindak balas sistem imun yang menurun dan meningkatkan peneutralan antibodi untuk melawan varian yang mudah berjangkit.

Pharmaniaga Bhd dalam kenyataan berkata, dos penggalak yang dijalankan ke atas populasi dewasa dan warga emas, suntikan ketiga tersebut amat disyorkan untuk diambil.

Apa yang perlu dilakukan sekarang ini, ramai disaran untuk mendengar kata pakar kesihatan yang lebih mengetahui berkaitan perkara ini berbanding mereka yang hanya menyebarkan berita palsu.

Jangan pernah mempercayai sebarang berita tanpa menyemak kesahihannya. Kelak, perkara tersebut akan memakan diri sendiri.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!