X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Pesawat dilihat terbang menegak ilusi optik

Sebuah objek terbang tidak dikenali dilihat terbang secara menegak ke atas diikuti dengan asap putih di barat daya London baru-baru ini. - Foto Gabriella
A
A

LONDON - Sebuah objek tidak dikenali dilihat terbang menegak ke atas di ruang udara Tooting, barat daya London baru-baru ini.

Asap putih juga berada di belakang objek di kawasan langit yang sering sibuk dengan pesawat yang menghampiri Lapangan Terbang Heathrow.

Ash Ellis dari ufoidentified.co.uk percaya bahawa kelengkungan permukaan bumi telah mencipta ilusi optik sedemikian untuk memberi gambaran bahawa sebuah pesawat terbang menegak ke atas.

Imej yang aneh itu dirakamkan oleh seorang pereka grafik bebas berusia 26 tahun Gabriella yang meminta nama penuhnya tidak disiarkan.

Dia mendakwa sedang menyiapkan satu projek di flatnya apabila melihat pemandangan yang luar biasa itu yang menurutnya kelihatan seperti sebuah peluru berpandu. - Agensi


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!