Terima kasih Shebby...

Mendiang Serbegeth Singh
Mendiang Serbegeth Singh
A
A
A

PADA Rabu malam, 12 Januari lalu, arena bola sepak Malaysia dikejutkan dengan berita kematian bekas pemain pertahanan skuad kebangsaan, Serbegeth Singh atau lebih mesra disapa Shebby.

Mulanya, Merak Jalanan ragu-ragu apabila mendapat perkhabaran itu. Apa tidaknya, beberapa hari sebelum Shebby meninggal dunia, mendiang ada memberi kenyataan kepada Sinar Harian.

Dalam satu sesi temubual dengan wartawan Sukan Sinar, Muhammad Zulkarnain Mohd Azman, Shebby secara peribadi memberi hujah betapa Brad Maloney sebagai calon terbaik bagi menggantikan tempat pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Dengan tajuk ‘Maloney calon terbaik’ selain berita back page bertajuk ‘Jangan Lambat’ yang disiarkan pada 5 Januari lalu, Shebby menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) segera melantik ketua jurulatih baharu.

Itu adalah komentar terakhir Shebby secara eksklusif kepada Sukan Sinar sebelum bekas penasihat global kelab Inggeris, Blacburn Rovers itu menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat sakit jantung pada usia 61 tahun.

Secara peribadi, Merak Jalanan pernah beberapa kali menemubual Shebby atas kapasiti mendiang sebagai bekas pemain kebangsaan dan penganalisis bola sepak − baik dalam negara mahupun di luar negara.

Biarpun pertemuan mahupun panggilan telefon itu lebih menjurus kepada tugas seorang wartawan sukan dengan salah seorang bekas bintang bola sepak Malaysia, ia tidak sesekali memisahkan jurang yang besar antara kami.

Mengenalinya lebih dekat, Shebby cukup mudah untuk dibawa bersembang walaupun ada ketika mendiang agak sibuk dengan tugasnya. Seboleh-bolehnya Shebby akan cuba memberi jawapan dengan setiap persoalan yang diajukan.

Artikel Berkaitan:

Itu antara sikap terpuji Shebby. Kini bukan saja Merak Jalanan, penyokong bola sepak Malaysia tentunya akan merindui kritikan pedas dan membina Shebby. Selamat berehat legenda!