Pengguguran Khairuddin tiada kaitan dengan MN: Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim
A
A
A

JERANTUT - Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan pengguguran Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) parti itu tiada kaitan dengan soal Muafakat Nasional (MN).

Menurutnya, hubungan Pas bersama UMNO dan parti-parti lain dalam Perikatan Nasional (PN) masih berjalan baik.

"Saya mempengerusikan MN bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, jadi isu ini tiada kena mengena dengan MN.

"Walaupun mesyuarat secara rasmi ditangguhkan tapi realitinya hubungan itu masih ada," katanya lagi selepas lawatan kerja projek Wakaf Air di sini pada Ahad.

Beliau yang juga merupakan Menteri Alam Sekitar dan Air memberitahu, penyokong parti di peringkat akar umbi perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Mohd Khairuddin
Mohd Khairuddin

Jelasnya, Mohd Khairuddin bukan calon yang menang dalam pemilihan Pas dan dicalonkan untuk mengisi kekosongan jawatankuasa tambahan yang dilantik.

"Dalam mesyuarat kedua mendapati kita ada beberapa nama lain, namanya digugurkan dan ia hanya hal dalaman parti," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim mengakui prestasi yang cemerlang Mohd Khairuddin ketika menjawat portfolio Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi tetapi disiplin menjadi kepentingan parti.

"Beliau (Mohd Khairuddin) akan diberi tugas lain yang sesuai dalam parti selain masih dalam portfolio ekonomi," katanya.