Dua kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas

Anggota bomba bersiap sedia untuk melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat dua budak lelaki yang dikhuatiri lemas dalam sungai di Taman Masai Utama, Pasir Gudang, pada Ahad.
Anggota bomba bersiap sedia untuk melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat dua budak lelaki yang dikhuatiri lemas dalam sungai di Taman Masai Utama, Pasir Gudang, pada Ahad.
A
A
A

PASIR GUDANG - Dua kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas dalam sungai di Jalan Masai Utama, Taman Masai Utama di sini pada Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Penguasa Bomba Kanan II Yusri Atan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 6.14 petang.

Susulan itu katanya, seramai 14 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Siasatan mendapati kedua-dua mangsa lemas dalam sungai berkedalaman hampir 3 meter. Identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

"Sehingga kini operasi mencari dan menyelamat kedua-dua mangsa masih dilakukan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Operasi mencari dan menyelamat dua budak lelaki yang dikhuatiri lemas dalam sungai di Taman Masai Utama, Pasir Gudang, pada Ahad.
Operasi mencari dan menyelamat dua budak lelaki yang dikhuatiri lemas dalam sungai di Taman Masai Utama, Pasir Gudang, pada Ahad.

Artikel Berkaitan: