UMNO Sabah sedia letak calon di PRK Bugaya

Bung Moktar ketika hadir pada perjumpaan bersama kepimpinan UMNO Bahagian Semporna di Pejabat UMNO Bahagian Semporna.
Bung Moktar ketika hadir pada perjumpaan bersama kepimpinan UMNO Bahagian Semporna di Pejabat UMNO Bahagian Semporna.
A
A
A

SEMPORNA - UMNO Sabah bersedia mempertimbangkan meletakkan calonnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya jika Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan dalam tempoh terdekat.

Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, Barisan Nasional tidak meletakkan calon pada pilihanraya Negeri (PRN) dan hana diwakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tetapi tewas kepada parti Warisan.

"Mungkin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan PRK DUN Bugaya dalam tempoh terdekat kerana pandemik Covid-19 semakin menurun ketika ini," katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan UMNO Bahagian Semporna di pejabat UMNO bahagian itu, pada Ahad.

Bagaimanapun katanya, PRK ditetapkan oleh SPR tetapi BN tetap bersedia.

Tambah Bung Moktar lagi, UMNO mempunyai seramai 180 cawangan di Bugaya dan beliau yakin calon BN dapat merampas kawasan itu.

"Kepimpinan UMNO bahagian perlu bekerja keras mendekati akar umbi, keahlian parti perlu dibersihkan dan jika maklum balas positif, kita akan membuat ketetapan sama ada meletakkan calon atau sebaliknya," katanya.

.

Artikel Berkaitan: