Skuad Sang Kancil dijangka diumum minggu depan

Satus ketua jurulatih dan barisan pemain skuad Sang Kancil yang masih menjadi teka-teki akan diumumkan selewat-lewatnya minggu depan.
Satus ketua jurulatih dan barisan pemain skuad Sang Kancil yang masih menjadi teka-teki akan diumumkan selewat-lewatnya minggu depan.
A
A
A
KETUA Pegawai Eksekutif Kelab Bola Sepak Melaka United (MUFC), Datuk Justin Lim memberi bayangan status ketua jurulatih dan barisan pemain skuad Sang Kancil yang masih menjadi teka-teki akan diumumkan selewat-lewatnya minggu depan.

Beliau berkata, pada masa ini skuad itu sedang melakukan rombakan serta mempersiapkan pasukan dan percaya mereka mampu memberi saingan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2022 dan menduduki kelompok teratas dalam kempen Liga Super.

"Kita tahu ramai tertanya-tanya mengenai perkara ini, tetapi Melaka United sedang giat melakukan persediaan dan ia akan diumumkan sebelum Tahun Baharu Cina.

"Ia memang mengambil masa namun kita akan lakukan yang terbaik untuk pasukan selain menilai daripada segenap aspek termasuk membawa masuk pemain import," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kongres Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) ke-66 di Ayer Keroh, Melaka pada Ahad.

Untuk rekod, Zainal Abidin Hassan dilantik selaku ketua jurulatih membimbing pasukan Melaka United sejak musim 2018 dan pencapaian terbaiknya ialah membawa kelab itu mara ke separuh akhir Piala Malaysia pada musim lepas sekali gus menamatkan penantian 38 tahun selepas kali terakhir melakukannya pada 1983.
Artikel Berkaitan:


MUFC sebelum ini mengumumkan 11 pemain meninggalkan pasukan untuk saingan musim 2022 termasuk dua pemain import, Manuel Ott dan Giovane Gomes da Silva serta dua penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat dan Ahmad Solehin Mamat.

Selain itu, S Kumaahran, Khairul Helmi Johari, Gary Steven Robbat, Jasmir Mehat, Farid Azmi, Amirul Hamer dan Shyamierul Razmee Jasmi. - Bernama