X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Parah ditetak bekas menantu

Lelaki cedera parah di kepala akibat ditetak menantu dalam kejadian di sebuah warung di Pandan Jaya pada Sabtu.
A
A

AMPANG - Berang kerana kerap meminta wang ganti rugi, seorang lelaki menetak kepala dan badan bekas mertuanya sehingga parah dalam kejadian di sebuah warung di Pandan Jaya pada Sabtu.

Bagaimanapun, suspek bertindak melarikan diri dan polis kini sedang berusaha mengesan lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, sebelum kejadian, buruh binaan warga asing berusia 51 tahun itu didatangi bekas menantunya yang juga lelaki tempatan berumur 25 tahun.

"Suspek membawa sebilah parang lalu terus menetak mangsa beberapa kali di bahagian badan serta kepala sehingga mengakibatkan luka di kepala, pipi kiri dan lengan kiri," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, polis menerima makluman berkaitan kejadian kira-kira jam 11 malam sebelum bergegas untuk pemeriksaan di lokasi terbabit.

"Mangsa kini berada di Zon Kuning Hospital Ampang dan kini keadaan stabil dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!