X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Kes harian Covid-19 turun kepada 3,010 hari ini

A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kes harian Covid-19 di Malaysia merekodkan penurunan apabila sebanyak 3,010 kes dilaporkan pada Ahad berbanding 3,074 pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kumulatif kes sebanyak 2,808,347 kes.

Menurut beliau, daripada jumlah baharu yang dilaporkan, sebanyak 263 merupakan kes import membabitkan 204 rakyat tempatan dan 59 warga asing.

“Daripada jumlah kes aktif itu, sebanyak 28 kes adalah kategori tiga hingga lima. Selebihnya, 2,982 kes lagi merupakan kategori satu dan dua," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, sebanyak 182 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 83 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan 2,584 kes sembuh dengan jumlah keseluruhannya, 2,735,355 kes.

"Terdapat pertambahan tujuh kluster baharu menjadikannya 6,212 kluster secara keseluruhan," katanya.

Daripada jumlah itu, Dr Noor Hisham berkata, 6,036 kluster telah diisytiharkan tamat manakala 176 masih aktif.

Sementara itu, tambah beliau, kadar kebolehjangkitan (Rt) negara turun kepada nilai 0.99 berbanding 1.0 pada Sabtu.

Bagaimanapun terdapat lima negeri dan wilayah melepasi nilai Rt 1.0 membabitkan Kuala Lumpur (1.08), Sabah (1.04), Negeri Sembilan (1.02), Selangor (1.01) dan Melaka (1.00).

“Negeri-negeri lain mencatatkan nilai RT di bawah 1.0,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!