Kamarul Zaman Ketua Polis Johor yang baharu

Razarudin ( tengah) menyaksikan serah terima tugas jawatan Ketua Polis Johor antara Kamarul Zaman ( kanan) dan Kok Chin ( kanan) di IPK Johor pada Ahad.
Razarudin ( tengah) menyaksikan serah terima tugas jawatan Ketua Polis Johor antara Kamarul Zaman ( kanan) dan Kok Chin ( kanan) di IPK Johor pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bekas Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat dilantik sebagai Ketua Polis Johor yang baharu, berkuat kuasa pada Ahad.

Beliau menggantikan Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin yang memangku jawatan itu selepas bekas Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas di antara mereka yang berlangsung di Auditorium, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain.

Kamarul Zaman dilahirkan di Tanah Merah, Kelantan mula menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 1988 sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Kedah pada Jun tahun lalu.

Sepanjang 34 tahun beliau berkhidmat dalam badan beruniform tersebut, pelbagai tanggungjawab digalasnya termasuk Pengarah (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah di IPK Johor.

Sebelum itu, Razarudin dalam sidang akhbarnya berkata kepimpinan Kamarul Zaman di IPK Kedah yang cemerlang mampu diteruskan beliau di IPK Johor.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman menggesa pegawai dan anggota polis sentiasa menjaga integriti, ikhlas dalam menjalankan tugas.

Mereka juga diseru tidak menjadi pembelot kepada PDRM.

Artikel Berkaitan:

"Bagi memastikan kecemerlangan dan kejayaan daripada kepimpinan terdahulu dapat diteruskan saya memerlukan sokongan yang padu dari ketua-ketua jabatan, ketua polis daerah, pegawai dan anggota lain-lain pangkat.

"Cemerlang di sini (PDRM), cemerlang di mata masyarakat," katanya.