X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Long Tiger didakwa Rabu ini

Long Tiger
A
A

JOHOR BAHRU - Lelaki Rohingya dikenali Long Tiger atau nama sebenar Abd Hamim Ab Hamid akan didakwa di Mahkamah Majistret Tangkak pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain, berkata pendakwaan Long Tiger itu dilakukan selepas perintah tahanan remannya berakhir pada Selasa.

"Long Tiger akan didakwa pada Rabu (19 Januari) ini di Tangkak selepas perintah tahanan remannya berakhir," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Johor dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor, di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dan Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin.

Pada 6 Januari lalu, Long Tiger dilaporkan ditahan selama 14 hari di Penjara Sungai Udang, Melaka hingga 18 Januari ini.

Pemangku Ketua Polis Johor ketika itu, Datuk Khaw Kok Chin berkata, tempoh dua minggu dijalani Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid adalah proses reman penjara dan kuarantin.

Pada 6 Januari lalu, Abd Hamim,33, dilaporkan masih direman selain menjalani kuarantin 14 hari di Penjara Sungai Udang, Melaka.

Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin berkata Long Tiger, direman dan dikuarantin mulai 5 Januari sehingga 18 Januari ini.

Pada 28 Disember lalu, penjenayah paling dikehendaki dalam buruan polis itu ditangkap ketika bersembunyi di sebuah rumah di Sungai Petani, Kedah.

Long Tiger bertindak meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak melalui pintu hadapan pada 15 Disember lalu ketika sedang menunggu proses perbicaraan di bawah Seksyen 388 kerana pemerasan.

Dia juga masih mempunyai status perbicaraan di bawah Seksyen 506 kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya serta kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 di Mahkamah Sesyen Muar.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!