Al-Quran kedengaran di rumah mangsa penggal

Keadaan rumah mangsa maut dipenggal kepala dalam kejadian di Kampung Baru Pasir Penambang di sini pada Sabtu.
Keadaan rumah mangsa maut dipenggal kepala dalam kejadian di Kampung Baru Pasir Penambang di sini pada Sabtu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Hanya kedengaran bacaan al-Quran dipasang di rumah mangsa yang maut dipercayai dipenggal di leher oleh anaknya dalam kejadian di Kampung Baru Pasir Penambang di sini pada Ahad.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, ahli keluarga mangsa bunuh sedang mengemas dan membersihkan rumah terbabit.

Bagaimanapun, ahli keluarga wanita itu enggan ditemui pemberita yang tiba di rumah itu sejak jam 10 pagi.

Seorang menantu mangsa memaklumkan, jenazah ibu mertuanya sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

"Maaf buat masa ini kami tidak mahu ditemubual pihak media dan masih terkejut dengan kejadian ini.

"Ahli keluarga mohon pihak media memberi ruang kepada kami untuk bertenang kerana masih dalam keadaan bersedih," katanya semasa ditemui pada Ahad.

Beberapa barangan seperti tilam, bantal, permaidani dan kerusi diletakkan di bahagian luar rumah.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang wanita maut dipercayai dipenggal kepala oleh anaknya dalam kejadian di Kampung Baru Pasir Penambang di sini pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada jam 5.45 petang.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa berusia 56 tahun dibunuh anaknya berusia 28 tahun dalam kejadian di ruang tamu berikutan terdapat kesan darah dalam rumah tersebut.