Gesa tindakan tegas terhadap pelaku biadab video tular

Laporan polis dibuat Perkasa Kedah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pada Ahad.
Laporan polis dibuat Perkasa Kedah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pada Ahad.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Kedah menyarankan agar tindakan tegas dan hukuman setimpal dikenakan ke atas pelakuan biadab seorang lelaki menerusi satu video tular di media sosial.

Setiausaha Kehormat Perkasa Kedah, Mohammad Afandi Mat Saman berkata, pihaknya menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan terhadap lelaki terbabit yang didakwa menimbulkan hasutan, menjejaskan keharmonian kaum dan menggugat perpaduan nasional.

Menurutnya, kandungan video berdurasi 2 minit 36 saat itu turut mengandungi kata-kata kesat, maki hamun dan rasis terhadap sesuatu kaum.

"Video yang dimuat naik di laman sosial Facebook itu turut mendapat kecaman hebat menyebabkan ia telah dipadamkan," katanya ketika membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pada Ahad.

Ketua Penerangan Perkasa Kedah, Azrol Mansor berkata, tindakan memadamkan video dan memohon maaf setelah dikecam sukar diterima kerana dianggap sebagai sesuatu yang telah dipermainkan.

Laporan polis dibuat Pekida Kedah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pada Ahad.
Laporan polis dibuat Pekida Kedah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pada Ahad.

"Perkasa Kedah tidak dapat menerima permohonan maaf setelah memaki-hamun, menghina dan mengkeji golongan berilmu dan pasukan beruniform," katanya.

Beliau turut menyarankan tindakan setimpal mengikut undang-undang dikenakan sebagai pengajaran pada masa depan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kedah, Abdul Aziz Din berkata, kenyataan yang tular telah mewujudkan jurang kaum di negara ini.

"Pelaku yang melalukan perbuatan biadab perlu dikenakan tindakan tegas dan setimpal," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah mengesahkan,sehingga jam 11.30 pagi Ahad, sebanyak enam laporan polis diterima berhubung perkara itu.