Seri macam tewas: Rangnick

Pemain United kecewa setelah terikat 2-2, ketika berdepan Aston Villa. - Foto dailynation today
Pemain United kecewa setelah terikat 2-2, ketika berdepan Aston Villa. - Foto dailynation today
A
A
A

BIARPUN terikat 2-2 dengan Aston Villa, pengendali interim Manchester United, Ralf Rangnick menyifatkan skuad kendaliannya itu ibarat mengalami kekalahan pada perlawanan berkenaan.

Menurutnya, setelah selesa mendahului lawan pada suatu ketika, namun disebabkan kealpaan menyaksikan skuad The Red Devils itu akhirnya menggigit jari apabila Villa bangkit meledak dua gol pada penghujung perlawanan.

“Saya benar-benar kecewa dengan keputusan ini.

Setelah selesa mendahului untuk 70 minit, kita akhirnya gagal membawa pulang mata penuh setelah diikat lawan.

“Dengan status pasukan yang berpengalaman, agak sukar untuk kami menerima keputusan ini kerana kami seharusnya meraih tiga mata.

“Bagaimanapun saya percaya kesebelasan United telah mempamerkan aksi positif pada perlawanan ini seperti kami menguasai sebahagian besar perlawanan ini sehinggalah ke-15 minit terakhir yang menyaksikan pemain mulai leka dan hilang konsentrasi,” katanya.

Aksi di Villa Park pada Ahad itu menyaksikan United mendahului 2-0 hasil jaringan Bruno Fernandes pada minit ke-6 dan min-67, namun Jacob Ramsey merapatkan jurang pada minit ke-77 sebelum pemain gantian, Phillippe Coutinho menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-81, bagi memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Keputusan itu menyaksikan United berada pada kedudukan ketujuh dengan 32 mata manakala Villa dengan 23 mata berada pada kedudukan ke-13.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Rangnick mahu memastikan kesebelasan terbaik dapat diturunkan bagi berdepan Brentford, Khamis ini.

Justeru, Rangnick mengharapkan kesemua pemain yang mengalami kecederaan ketika ini dapat segera sembuh menjelang aksi aksi berdepan The Bees.

“Saya sangat mengharapkan pemain-pemain yang mengalami kecederaan dapat beraksi pada perlawanan ini kerana buat seketika saya hanya memikirkan mengenai perlawanan ini.

“Lagi pun, saya memang benar-benar kecewa dengan keputusan berdepan Aston Villa,” katanya.