Zamani enggan dikaitkan dengan Tok Ti lagi

Aduh edaran Warner Music dilancarkan di YouTube telah mencatatkan lebih 1 juta tontonan dalam tempoh seminggu.
Aduh edaran Warner Music dilancarkan di YouTube telah mencatatkan lebih 1 juta tontonan dalam tempoh seminggu.
A
A
A

PENYANYI Zamani Ibrahim, 48, mengaku semakin tidak selesa apabila kisah silamnya sering dikaitkan dengan pelantun lagu Anta Permana itu.

Menurut Zamani, menghormati status Siti Nurhaliza sebagai seorang isteri dan ibu, dia memohon supaya pihak di luar sana menghentikan spekulasi hubungan antara mereka.

"Saya telah berulang kali memberi penjelasan berhubung perkara ini. Saya berpendapat tidak sopan untuk terus memberi komen mengenai isu ini.

"Dia (Siti Nurhaliza) telah bergelar isteri dan ibu. Saya khuatir orang di luar sana berpendapat saya enggan meneruskan kehidupan. Saya sudah 'move on'," katanya kepada sebuah portal hiburan.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan lagu baharunya bertajuk Aduh merupakan kisah patah hati percintaanya dengan penyanyi Jerat Percintaan itu.

Biarpun begitu, Zamani berkata, lagu Aduh sentuhan Faizal Tahir sememangnya berkisar mengenai pengalamannya sepanjang menjalinkan hubungan cinta.

"Ya, Aduh adalah sebuah lagu mengenai patah hati. Ada juga pengalaman saya dan lagu ini juga boleh diterima ramai," jelasnya.

Aduh edaran Warner Music dilancarkan di YouTube telah mencatatkan lebih 1 juta tontonan dalam tempoh seminggu.

Artikel Berkaitan:

Zamani mengakui terharu dengan sambutan masyarakat terhadap single terbarunya itu, sejak dimuat naik di YouTube pada 1 Mac lalu.

Dia tidak menyangka lagu ciptaan sepenuhnya komposer Faizal Tahir itu mendapat sambutan sebegitu rupa.

"Ini semua hasil sokongan peminat saya daripada Kelab Peminat Zamani dan peminat generasi lama yang masih memberikan sokongan.

"Begitu juga rakan terdekat serta rakan artis yang turut memberikan sokongan tak berbelah bahagi terhadap saya," katanya.

Menurut Zamani, lagu Gerimis Mengundang nyanyiannya pernah mencatat jumlah tontonan yang banyak, namun kali ini agak berbeza selepas dia menyertai pertandingan Gegar Vaganza 5.

"Lagu Gerimis Mengundang ambil masa yang agak panjang untuk dapat jumlah tontonan yang banyak tapi Aduh hanya ambil masa selama 13 hari," katanya.