Lagi 19 kematian baharu Covid-19 direkodkan

KKM melaporkan 19 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi. - Foto fail Sinar Harian
KKM melaporkan 19 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi. - Foto fail Sinar Harian
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 19 kematian baharu akibat Covid-19 pada Sabtu.

Daripada jumlah tersebut, enam kes adalah kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Menurut laman sesawang CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan oleh virus berkenaan ialah 31,781.

Laporan berkenaan turut memaklumkan bahawa purata enam daripada satu juta populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu ini.

Terengganu menjadi negeri tertinggi setakat ini dengan 21 kematian, diikuti Pahang (10) dan Melaka (8).

Setakat Sabtu, sebanyak 3,074 kes harian dilaporkan menjadikan 40,785 kes aktif pada masa ini.

Dalam masa yang sama, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 55.4 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 33.6 peratus.

Artikel Berkaitan: