Sesak teruk di LDP arah Kinrara

Kerja-kerja pengalihan sedang giat dilaksanakan. Foto: Litrak
Kerja-kerja pengalihan sedang giat dilaksanakan. Foto: Litrak
A
A
A

PUCHONG - Pengguna lalu lintas di KM22.3 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) arah Kinrara terjejas ekoran kejadian muatan mesin piling yang tergelincir dalam kejadian sekitar jam 1 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, kejadian tersebut telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas yang teruk sepanjang kira-kira 10 kilometer dari arah Sunway.

"Mesin piling tidak dapat dialihkan serta merta kerana tidak mendapat kebenaran daripada Safety LDP yang akan mengalihkan dengan menggunakan kenderaan tunda milik mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, sehingga jam 8 malam tadi, dua buah kenderaan tunda telah tiba di lokasi kejadian bagi mengalihkan mesin piling tersebut.

"Anggaran masa untuk mengalihkan mesin piling tersebut adalah selama satu jam," katanya.

Kerja-kerja pengalihan sedang giat dilaksanakan. Foto: Litrak
Kerja-kerja pengalihan sedang giat dilaksanakan. Foto: Litrak

Terdahulu, Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) menerusi satu kenyataan memohon maaf kepada pengguna Lebuhraya LDP susulan kejadian tersebut yang menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Artikel Berkaitan:

Menerusi kenyataan berkenaan, Litrak berkata kerja-kerja pengalihan sedang giat dilakukan namun ia mengambil sedikit masa berikutan kekangan berat muatan yang tergelincir itu.