Mayat lelaki terapung di sungai

Anggota bomba mengusung mayat seorang lelaki tanpa identiti yang tersangkut ditemukan dalam keadaan terapung di sungai kira-kira 500 meter dari Jeti Kelip-kelip Kampung Kuantan Kuala Selangor, pada Sabtu.

A
A
A

KUALA SELANGOR - Mayat lelaki tanpa identiti lengkap berpakaian ditemukan tersangkut pada tumbuhan di sungai, kira-kira 500 meter dari Jeti Kelip-kelip Kampung Kuantan Kuala Selangor, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam pada jam 9 pagi mengenai penemuan mayat terapung itu.

"Pada tubuh mangsa tidak dijumpai sebarang pengenalan diri dan pemeriksaan di tempat kejadian juga tidak menemui barang yang boleh dikaitkan dengan mangsa," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Menurut Ramli, tiada sebarang punca kecederaan disebabkan kelakuan jenayah pada tubuh mangsa.

"Hasil bedah siasat mendapati, punca kematian disebabkan lemas.

"Orang ramai kehilangan ahli keluarga atau saudara mara diminta tampil ke Balai Polis Kuala Selangor atau berhubung dengan balai polis berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan: