X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 27 Januari 2022

Dua jam selamatkan lembu bunting jatuh lubang

Anggota APM Sik mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengeluarkan seekor lembu yang terjatuh ke dalam lubang di Kampung Teloi Tua, Sik, pada Sabtu. Gambar kecil: Seekor lembu bunting terperangkap setelah terjatuh ke dalam lubang di Kampung Teloi Tua, Sik.
A
A

ALOR SETAR - Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa hampir dua jam dalam usaha menyelamatkan seekor lembu bunting yang terjatuh ke dalam lubang di Kampung Teloi Tua, Sik, di sini, pada Sabtu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, anggota APM Sik dihubungi penduduk kampung kira-kira jam 8.50 pagi untuk menyelamatkan seekor lembu selepas menyedari haiwan itu terjatuh di dalam lubang.

Menurutnya, sepasukan anggota Skuad Golf bergegas ke lokasi kejadian kira-kira jam 8.57 pagi bagi mengendalikan operasi mengeluarkan lembu tersebut.

"Lembu itu dikatakan terjatuh ke dalam lubang berkenaan dalam kejadian yang berlaku pada malam Jumaat oleh pemilik rumah, bagaimanapun pemilik lembu gagal dikenal pasti.

"Anggota APM bertindak mengeluarkan haiwan terperangkap itu menggunakan beberapa peralatan sambil dibantu penduduk setempat," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau memberitahu, lembu bunting terbabit berjaya dikeluarkan dengan selamat dan operasi kemudiannya ditamatkan kira-kira jam 10.44 pagi.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!