Adab semakin ketinggalan, cabaran teknologi masa kini

Rina ketika ditemui pada Program Back to School Parlimen Titiwangsa pada Sabtu.
Rina ketika ditemui pada Program Back to School Parlimen Titiwangsa pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Teknologi yang semakin canggih kini membawa kepada masalah bahasa dan adab di media sosial.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun yang turut menjadi mangsa buli siber melahirkan kebimbangan mengenai perkara itu.

Rina turut meluahkan isu beliau menerima kecaman daripada netizen yang tidak mengetahui cerita sebenar di sebalik memakai kasut tumit tinggi ketika melawat mangsa banjir Disember lalu.

Menurut Rina, ketika itu beliau sedang menghadiri mesyuarat agung parti sebelum meminta izin keluar sebentar untuk melawat mangsa banjir menyebabkannya terlupa menukar kasut.

"Kisah kasut yang diperbesarkan sedangkan niat utama saya ialah melihat kebajikan mangsa banjir.

"Kasut saya tidak langsung menghalang tugas saya ketika itu untuk naik dan turun tangga, pergi ke khemah melihat lebih 500 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara tidak berdaftar itu," katanya ketika ditemui pada Program Back to School Parlimen Titiwangsa pada Sabtu.

Ahli Parlimen Titiwangsa itu memberitahu, beliau tidak terkesan dengan kecaman yang diterima namun lebih bimbang mengenai penggunaan bahasa netizen di media sosial.

Artikel Berkaitan:

"Semua orang boleh meluahkan perasaan dan saya terima kritikan membina tetapi memikirkan apa akan terjadi pada masa akan datang.

"Bahasa digunakan tiada adab dan tiada tatasusila sedangkan yang membaca ialah anak-anak kita.

"Anak-anak belajar daripada kita. Adakah salah mereka atau kita yang ajar mereka menjadi biadab dan berkata kasar," katanya.

Rina menegaskan, ibu bapa memainkan peranan penting mendepani cabaran teknologi dengan memupuk kasih sayang bermula dari rumah bagi melahirkan generasi yang baik.

End