Jumlah pengambilan dos penggalak semakin positif

Penerimaan dos penggalak di Kelantan meningkat. - Gambar hiasan
Penerimaan dos penggalak di Kelantan meningkat. - Gambar hiasan
A
A
A

TUMPAT - Jumlah pengambilan dos penggalak di negeri ini semakin meningkat dan penerima dos kedua sudah melebihi 90 peratus di seluruh negeri.

Exco Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Izani Husin berkata, peningkatan berkenaan dicatatkan setiap hari dan pihaknya berharap ia akan berterusan sehingga semua rakyat menerima vaksinasi berkenaan tahun ini.

"Varian apa sekalipun, langkah paling utama ialah menjaga kebersihan diri, basuh tangan, pakai pelitup muka dan jaga penjarakkan sebaik mungkin," katanya kepada pemberita selepas Program Gotong Royong Perdana Pantai Geting, di sini pada Sabtu.

Menurut beliau, kerajaan telah melakukan pelbagai pendekatan bagi mengekang varian baharu Covid-19 antaranya mendidik rakyat menggunakan pelitup muka dengan cara yang betul.

Katanya, walaupun Kelantan kini berada di Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) namun semua pihak tidak boleh leka dan perlu terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) sebaik mungkin.

Artikel Berkaitan: