Goodday serah 10,000 PPE wajah baharu

Pada 17 Disember lalu, sebanyak 10,000 PPE diserahkan Ketua Pegawai Korporat, KPJ Healthcare Berhad, Ariesza Noor.
Pada 17 Disember lalu, sebanyak 10,000 PPE diserahkan Ketua Pegawai Korporat, KPJ Healthcare Berhad, Ariesza Noor.
A
A
A

JENAMA susu Goodday menyerahkan 10,000 sut perlindungan peralatan diri (PPE) berwajah baharu kepada petugas barisan hadapan yang direka khas oleh kanak-kanak dipilih menerusi pertandingan melukis Goodday's Happee PPEs.

Naib Presiden Pemasaran di Etika Sdn Bhd, Yee Pek Kuan berkata, PPE tersebut merupakan hasil reka bentuk berwajah dihasilkan oleh pemenang pertandingan tersebut.

Menurutnya, reka bentuk itu bukan sahaja menampilkan bakat si cilik tetapi juga membantu kanak-kanak untuk kekal positif apabila dimasukkan ke hospital.

“Antara pemenangnya Auni Maisarah Mustaffa (11 tahun), Choong Xin Yu (6 tahun) dan Chua Ee Xin (5 tahun), telah dipilih sebagai tiga pemenang hadiah utama terbaik dengan menerima dana pendidikan bernilai RM10,000, setiap seorang.

“Reka bentuk itu akan dicetak pada 10,000 unit PPE, kemudian digunakan oleh doktor di hospital seluruh Malaysia yang merawat pesakit Covid-19," menurut kenyataan itu.

Lukisan yang memenangi Peraduan melukis Goodday's Happee PPEs.
Lukisan yang memenangi Peraduan melukis Goodday's Happee PPEs.

Pada 17 Disember lalu, sebanyak 10,000 PPE diserahkan Ketua Pegawai Korporat, KPJ Healthcare Berhad, Ariesza Noor.

Ujar Pek Kuan, pelancaran peraduan Goodday's Happee PPEs itu membolehkan kanak-kanak menyebarkan perkara positif kepada rakan sebaya mereka yang terlantar di wad kanak-kanak sekali gus menghilangkan rasa takut terhadap petugas barisan hadapan yang memakai PPE.

Artikel Berkaitan:

“Kami amat berterima kasih kepada semua peserta yang menunjukkan keterujaan mereka melalui kempen ini dan bagi pihak Goodday Milk, tahniah kepada tiga pemenang hadiah utama serta10 pemenang saguhati," jelasnya.

Mengulas lanjut, Pek Kuan berkata, peraduan itu berlangsung dari 25 Oktober hingga 14 November 2021, dengan disertai kanak-kanak berumur lima dan 12 tahun.

“Peraduan ini mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta menyebabkan Goodday Milk memberi RM500 kepada 10 peserta.

“Peraduan Goodday’s Happee PPEs ini juga menonjolkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dari semua peringkat umur,” katanya.