Litrak mohon maaf

Kejadian jentera berat jatuh menyebabkan kesesakan di LDP. Foto: Litrak
A
A

PUCHONG - Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) memohon maaf kepada pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong susulan kejadian muantan jentera berat jatuh di KM22.3 berhampiran Persimpangan IOI Puchong (arah selatan) hari ini.

Menerusi satu kenyataan, Litrak berkata buat masa ini kerja-kerja pengalihan sedang giat dilakukan namun ia mengambil sedikit masa berikutan kekangan berat muatan yang hampir terjatuh tersebut.

Menerusi tindakan awal, pihak Litrak telah menutup laluan utama dari Puchong Jaya ke Putrajaya dan trafik dilencongkan ke jalan susur menghala ke Pusat Bandar Puchong.

Difahamkan, susulan kejadian ini, pengguna trafik dari arah Puchong Jaya, Bukit Jalil dan Bandar Sunway terjejas dan terlibat kesesakan lalu lintas.

Dalam pada itu, Litrak menasihati pengguna agar menggunakan laluan alternatif dan perkembangan trafik akan dimaklumkan menerusi laman Twitter - @LDPtrafik, Facebook (Litrak Group), paparan VMS dan pengumuman radio.

Bagi sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh berhubung dengan talian bantuan LDP menerusi talian 03-7494 7333.