Dennis Buschening import ketiga KDA FC

Pemain yang berketinggian 1.83 meter ini dilahirkan di Jerman memiliki kerakyatan Thailand, memulakan kerjaya bolasepak remajanya di Borussia Dortmund sebelum beraksi dengan beberapa kelab di Liga Jerman.

Dennis Buschening pernah menarik perhatian pemerhati bola sepak melalui beberapa gol cantik yang dihasilkan termasuklah ketika beraksi menentang KDA FC musim lepas. FOTO FB DENNIS BUSCHENING
Dennis Buschening pernah menarik perhatian pemerhati bola sepak melalui beberapa gol cantik yang dihasilkan termasuklah ketika beraksi menentang KDA FC musim lepas. FOTO FB DENNIS BUSCHENING
A
A
A

KEDAH Darul Aman (KDA) FC mengesahkan bekas pemain Sabah dan UiTM FC, Dennis Buschening sebagai pemain import kuota ASEAN mereka bagi musim 2022.

Penyerang berusia 30 tahun itu merupakan pemain import ketiga skuad Hijau Kuning selepas berjaya mendapatkan khidmat Dechi Marcel N'guessan dari Terengganu FC bagi kuota antarabangsa dan Jang Suk-Won dari Melaka United FC bagi kuota Asia.Dennis Buschening dengan ketinggian 1.83 meter dilahirkan di Jerman dan memiliki kerakyatan Thailand itu memulakan kerjaya bola sepak remajanya di Borussia Dortmund sebelum beraksi dengan beberapa kelab di Liga Jerman.Pemain tersebut mula berkelana di Thailand ketika mewakili Buriram United FC sekitar musim 2013, penglibatannya selepas itu mula mendapat perhatian kelab di ASEAN. Beliau antara pemain mewakili Buriram United FC pada perlawanan Suku Akhir AFC Champions League pada musim 2013.Aksinya yang mencuri perhatian pemerhati bola sepak melalui beberapa gol cantik yang dihasilkan termasuklah ketika beraksi menentang KDA FC musim lalu.

Artikel Berkaitan: