X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 27 Januari 2022

Ringgit dijangka berada dalam aliran tinggi berbanding dolar AS

Ringgit dijangka mencatatkan aliran meningkat dan berada dalam julat 4.16 hingga 4.17 minggu depan.
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit dijangka mencatatkan aliran meningkat dan berada dalam julat 4.16 hingga 4.17 minggu depan, dengan pasaran mengambil pendekatan berhati-hati menjelang penilaian ekonomi oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, tumpuan akan diberikan kepada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari BNM pada 20 Januari 2022.

"Pelabur mungkin ingin meneliti penilaian ekonomi terkini oleh BNM melalui Pernyataan Dasar Monetari yang akan dikeluarkan pada hari yang sama. Saya berpandangan akan ada lebih banyak panduan mengenai bagaimana dasar monetari akan ditadbir tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau menambah, paras sokongan untuk ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berada pada RM4.1498.

Bagi dagangan yang baru berakhir minggu ini, ringgit merekodkan aliran lebih tinggi sepanjang dagangan kecuali pada Jumaat.

Mata wang domestik juga mengakhiri dagangan minggu ini pada 4.1765/1795 berbanding dolar AS daripada 4.2070/2080 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Bagaimanapun, berasaskan Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1045/1070 daripada 3.0958/0981 pada Jumaat lepas dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.6675/6704 daripada 3.6320/6336.

Unit tempatan juga turun berbanding euro kepada 4.7846/7880 daripada 4.7602/7640 dan lemah berbanding pound Britain kepada 5.7339/7380 daripada 5.6999/7037. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!