Sila log masuk terlebih dahulu.

Gol sendiri Palace selamatkan Brighton

Pemain Brighton meraikan jaringan penyamaan ketika seri menentang Crystal Palace.
Pemain Brighton meraikan jaringan penyamaan ketika seri menentang Crystal Palace.
A
A
A

PENGENDALI Brighton, Graham Potter memuji persembahan yang ditampilkan anak buahnya apabila seri 1-1 menentang Crystal Palace di Stadium Ammex, awal pagi tadi.

Meskipun berjaya mengutip satu mata pada perlawanan tersebut, Potter mengakui anak buahnya tetap kecewa kerana gagal mengekalkan rentak kemenangan yang diraih sebelum ini.

"Saya rasa pemain ketika ini sudah tentu kecewa kerana tidak dapat menang pada perlawanan ini selepas berusaha sebaik mungkin.

"Bagaimanapun pujian harus diberikan kepada pemain kerana mereka bermain dengan baik dan sepenuh jiwa terutama pada separuh masa pertama.

"Mungkin pasukan agak kurang bernasib baik apabila gagal menjaringkan gol meskipun berjaya mendominasi perlawanan," katanya.

Pada perlawanan tersebut, Brighton dilihat mungkin akan tewas selepas gol ketujuh musim ini oleh Conor Gallagher buat Palace pada minit ke-69 yang memberikan kelebihan buat pasukan itu.

Namun Brighton menyelamatkan keputusan tiga minit sebelum tamat apabila pertahanan Palace, Joachim Andersen menampan bola ke gawang sendiri.

Keputusan itu menyaksikan Brighton kini berada di tangga ke tangga kelapan liga dibezakan empat mata dengan Palace yang berada di kedudukan ke-11.

Artikel Berkaitan: