Klopp rindu Salah, Mane

Salah dan Mane berjaya menjaringkan 24 gol dan 10 bantuan gol sepanjang 20 perlawanan Liga Perdana musim ini.
Salah dan Mane berjaya menjaringkan 24 gol dan 10 bantuan gol sepanjang 20 perlawanan Liga Perdana musim ini.
A
A
A

JURGEN Klopp menggesa pasukannya mencari jalan penyelesaian untuk memenangi perlawanan tanpa Mohamed Salah dan Sadio Mane yang kini bersama negara mereka bagi tugasan antarabangsa di Piala Negara-Negara Afrika.

Liverpool sebelum ini dilihat sedikit tempang apabila mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Arsenal dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Carabao di Anfield, pada Khamis.

Kegagalan menjaringkan gol itu merupakan kali pertama dialami The Reds sejak April lalu meskipun mereka mempunyai kelebihan berbanding Arsenal yang bermain dengan 10 pemain.

"Adakah kami merindui mereka? Benar. Namun kami akan tetap bergelut walaupun ada Sadio (Mane) dan Mo (Salah) menentang 10 pemain.

"Ia bukan tentang siapa yang tidak beraksi, ia mengenai bagaimana kami boleh melakukan yang lebih baik dengan pasukan pada perlawanan itu," katanya.

Untuk rekod, Salah dan Mane berjaya menjaringkan 24 gol dan 10 bantuan gol sepanjang 20 perlawanan Liga Perdana musim ini.

Dalam pada itu, Salah berkemungkinan akan kembali memperkuatkan Liverpool sekiranya Mesir yang tewas perlawanan pembukaan dan menduduki kedudukan tercorot Kumpulan D, gagal untuk melangkah ke pusingan kalah mati.

Bagaimanapun, hasrat The Reds untuk mendapatkan khidmat Mane lebih awal mungkin terpaksa dilupakan selepas Senegal berpeluang cerah untuk mara ke peringkat seterusnya.

Artikel Berkaitan:

Justeru, Klopp perlu segera mencari jalan penyelesaian semasa ketiadaan kedua-dua bintang itu menjelang aksi Liga Perdana di tempat sendiri bertemu Brentford, esok.