Covid-19: Kes positif global lebihi 322 juta, korban 5.52 juta

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 848,000 kes. - Gambar hiasan
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 848,000 kes. - Gambar hiasan
A
A
A

JUMLAH kumulatifkes positif Covid-19 global kini melebihi 322 juta, berikutan pertambahan lebih 2.82 juta kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 64.6 juta kes.

Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 36.5 juta kes dan 22.8 juta kes.

Negara yang melebihi angka 10 juta kes adalah United Kingdom, Perancis, Rusia dan Turki.

Sementara Itali dan Sepanyol merekodkan lebih 8 juta kes sementara Jerman melebihi 7 juta kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 4.2 juta, diikuti Filipina melebihi 3 juta, Malaysia 2.79 juta dan Thailand dengan 2.3 juta kes.

Manakala singapura melebih 290,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 5.52 juta.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 848,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 620,000 kes, India lebih 485,000 kes dan Rusia lebih 313,000 kes.

Sementara Mexico kini catat lebih 300,000 kematian.

United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 90,000 kes adalah Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 144,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 52,000 diikuti Malaysia dengan 31,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 21,000 angka korban. - Awani