Rezeki Osaka...

Naomi Osaka - Foto AFP
Naomi Osaka - Foto AFP
A
A
A

JUARA Grand Slam empat kali, Naomi Osaka yang aktif meningkatkan kesedaran mengenai isu kesihatan mental dalam sukan, merupakan dalam kalangan atlet wanita menerima bayaran tertinggi, menurut Forbes.

Bintang tenis berusia 24 tahun dari Jepun itu meraih AS$57.3 juta (RM239.5 juta) dalam bentuk hadiah wang dan portfolio sokongan sepanjang tahun lalu, yang menambah lebih daripada 10 rakan kongsi jenama.

Senarai itu diterbitkan selepas setahun insiden pemain berstatus ranking 13 dunia tersebut menarik diri dari Terbuka Perancis bagi memberi tumpuan kepada kesihatan mentalnya.

Sementara itu, rakan tenis lain seperti Serena Williams (AS45.9 juta, RM191.9 juta) dan kakaknya Venus (AS$11.3 juta, RM47.2 juta) diikuti gimnas Amerika Syarikat, Simone Biles pula (AS$10.1 juta, RM42.2 juta) dan pemain tenis Sepanyol, Garbine Muguruza (AS$8.8 juta, RM37 juta) melengkapkan lima teratas.

Para pemain tenis membentuk lima daripada 10 tempat dalam senarai itu, yang menurut Forbes jumlah terendah sukan itu dalam lebih sedekad merupakan perubahan dramatik berbanding 2019.

Secara kolektif, 10 atlet wanita dengan bayaran tertinggi memperoleh sejumlah AS$166.6 juta (RM696.6 juta), menurut Forbes yang merupakan peningkatan 23 peratus berbanding senarai 2020.

Sementara itu, pemain golf Korea Selatan, Ko Jin-young (AS$7.5 juta, RM31.3 juta), pemain badminton India PV Sindhu (AS$7.2 juta, RM30.1 juta), pemain tenis nombor satu dunia Ash Barty (AS$6.9 juta, RM28.8 juta), pemain golf Nelly Korda (AS$5.9 juta, RM24.7 juta) dan pemain bola keranjang Candace Parker (AS$5.7 juta, RM23.8 juta) antara atlet lain dalam kedudukan 10 teratas.

Artikel Berkaitan: