Banjir di Johor semakin pulih

Jumlah mangsa terjejas di Johor berkurangan kepada 271 orang setakat 4 petang Jumaat. - Foto Bernama
Jumlah mangsa terjejas di Johor berkurangan kepada 271 orang setakat 4 petang Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Situasi banjir di Johor semakin pulih apabila jumlah mangsa terjejas berkurangan kepada 271 orang setakat 4 petang Jumaat berbanding 309 orang pada sebelah pagi.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, lapan pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di tiga daerah dengan Segamat mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 161 orang, diikuti Muar (98) dan Tangkak (12).

"PPS Balairaya Pogoh Tengah di Segamat ditutup pada 8 pagi tadi dan cuaca di seluruh negeri dilaporkan cerah hari ini termasuk di daerah terjejas banjir,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau bagaimanapun berkata, Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar masih di paras amaran dan penduduk di lokasi berhampiran diminta supaya sentiasa berwaspada. - Bernama

Artikel Berkaitan: