X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

ADUN disyaki positif dadah dibebaskan

Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
A
A

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang ditahan dalam serbuan di sebuah restoran di Perai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada malam Khamis kerana didapati positif dadah telah dibebaskan.

Mengesahkan mengenai pembebasan itu adalah peguam ADUN terbabit, RSN Rayer yang turut menghadiri prosiding reman pada Jumaat.

“Ya dia ditahan. Saya hadir prosiding reman hari ini (Jumaat).

“Mereka (polis) meminta empat hari dan saya membantah reman itu. Mahkamah memerintahkan (untuk) dia dibebaskan,” katanya pada Jumaat.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang ADUN Perak ditahan dalam serbuan polis di sebuah restoran yang dahulunya merupakan kelab malam di Perai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada malam Khamis kerana didapati positif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seksyen itu menetapkan mana-mana orang yang mengambil atau memberikan kepada dirinya sendiri apa-apa dadah berbahaya adalah bersalah dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah mengesahkan 47 individu lain turut ditahan dalam serbuan pada jam 9 malam itu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!