X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 19 Mei 2022

PKPD di Felda Keratong 5 tamat esok

PKPD di Felda Keratong 5, Rompin, Pahang akan ditamatkan esok, lebih awal daripada yang dijadualkan. (Gambar hiasan)
A
A

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Keratong 5, Rompin, Pahang akan ditamatkan esok, lebih awal daripada yang dijadualkan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti laporan Kementerian Kesihatan berkenaan perkembangan situasi semasa di lokaliti terbabit.

Sebelum ini, PKPD di kawasan terbabit dilaksanakan pada 6 Januari lepas dan dijadualkan tamat pada 19 Januari ini. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!