China bersihkan bom peninggalan AS sebelum pembinaan landasan di Laos

Pada 1 Januari 2022, kereta api kargo antarabangsa pertama tahun 2022 dalam Landasan Kereta Api China-Laos berangkat.
Pada 1 Januari 2022, kereta api kargo antarabangsa pertama tahun 2022 dalam Landasan Kereta Api China-Laos berangkat.
A
A
A

LANDASAN Kereta Api China-Laos dari Kunming, ibu kota provinsi Yunnan ke Vientiane, ibu kota Laos dirasmikan pada 3 Disember 2021.

Projek pembinaan Landasan Kereta Api China-Laos merupakan salah satu projek simbolik Inisitiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Selain kesulitan dan risiko yang luar biasa yang harus diatasi dalam proses pembinaan, pasukan pembinaan juga menghadapi ancaman keselamatan nyawa, iaitu di kawasan-kawasan sepanjang landasan kereta api terpendam bom dalam jumlah yang sangat besar yang belum meletup (UXO) selama Perang Vietnam.

Menurut laporan Lao News Agency (KPL), pada tahun 2016, di kawasan sekitar Stasiun Nateuy (antara Boten-Vientiane) didapati zon UXO peninggalan Amerika Serikat (AS) sepanjang 16.9 kilometer.

Menurut ketua pasukan pembinaan China, Liu Qianli, dirinya pernah menyaksikan pembersihan belasan bom sepanjang sekitar 30cm-40cm di kawasan pembinaannya.

China dan Laos mengadakan kerjasama yang erat untuk menangani masalah pembersihan bom peninggalan AS dalam jumlah besar di tapak pembinaan.

Artikel Berkaitan:

Menurut laman web BRI, sebelum pekerjaan pembinaan dimulai, Kementerian Pertahanan Laos membentuk 6 unit penyapu ranjau yang bekerja dari bulan Januari hingga Mei tahun 2017.

Sedangkan pihak China mengirim jurutekniknya untuk membantu pasukan penyapu ranjau Laos.

Sebuah laporan Departemen Urusan Ekonomi dan Sosial PBB (UN DESA) mengatakan, selama masa pembinaan Landasan Kereta Api China-Laos dari Januari 2017 sampai Julai 2019, sekitar 459 butir UXO serta 463,536 serpihan berkaitan di tanah seluas 2,931 hektar telah dibersihkan.

Di Laos, AS pernah menjatuhkan 2 juta tan bom, manakala China telah membinakan landasan kereta api sepanjang 1,035km.

Akan tetapi, media-media AS malah terus mencemarkan China dengan mengkritik bahawa Landasan Kereta Api China-Laos membuatkan Laos terperosok ke dalam perangkap hutang.

Pakar penganalisis hubungan antarabangsa Inggris, Tom Fowdy mengatakan, media barat sedang menyampaikan maklumat pelik kepada rakyat Laos, iaitu “Yang mengebom kamu adalah sahabat, manakala yang membina landasan kereta api untuk kamu adalah musuh”.

Perkara ini merupakan sebuah contoh iaitu bagimana media barat memutarbalikkan fakta dan menyembunyikan kebenaran.

Laos adalah negara jiran China. Negara itu satu-satunya negara pedalaman di Asia Tenggara, dengan sekitar 80% wilayahnya seluas 236,000 kilometer persegi adalah pergunungan dan dataran tinggi.

Laos menduduki tempat ke-4 terbawah di antara 146 negara yang memiliki landasan kereta api.

Bom kluster, sejenis bom curah mengandung submunisi yang berbentuk besar atau kecil dalam jumlah besar. Setelah bom kluster diledakkan, submunisi akan tersebar ke kawasan yang sangat luas.
Bom kluster, sejenis bom curah mengandung submunisi yang berbentuk besar atau kecil dalam jumlah besar. Setelah bom kluster diledakkan, submunisi akan tersebar ke kawasan yang sangat luas.

Kemudahan pengangkutan di Laos sangat terbelakang, maka digelar sebagai “negara dengan tanah yang terkunci” (landlocked country).

“Kunci” tersebut telah mengunci komunikasi dalam dan luar negara Laos, juga mengehadkan langkah perkembangan ekonomi Laos.

Oleh sebab itu, Landasan Kereta Api China-Laos memiliki erti yang sangat penting, yang akan membantu rakyat Laos memperoleh kehidupan yang lebih indah.

Landasan Kereta Api China-Laos merupakan landasan kereta api antarabangsa pertama yang dibina dengan memanfaatkan modal majoriti dari China, standard teknologi China, peralatan China dan menyambung dengan jaringan kereta api China.

Pembangunan Landasan Kereta Api China-Laos memakan waktu lima tahun.

Li Bin Paparkan Zon UXO di pergunungan Laos.
Li Bin Paparkan Zon UXO di pergunungan Laos.

Dalam proses pembangunannya kesulitan yang dialami tidak dapat terhitung, di antaranya proses rundingan yang berlarut-larut dan dalam proses pembangunannya sendiri juga terdapat kesulitan dan risiko yang luar biasa, misalnya keadaan cuaca dan geografi yang buruk, keperluan perlindungan alam sekitar yang tinggi, bahkan harus keluar masuk zon tidak berpenghuni.

Yang sangat membimbangkan adalah pasukan pembinaan harus menghadapi ancaman keselamatan nyawa dalam proses pembinaannya, iaitu di kawasan sepanjang landasan di mana bom peninggalan AS dalam Perang Vietnam terpendam dalam jumlah yang sangat besar dan masih belum meletup.

Semasa Perang Vietnam, Laos terpaksa terlibat dalam peperangan.

Untuk mencegah dan menghentikan Denai Ho Chi Minh sebagai laluan bekalan bagi tentara utara Vietnam, CIA AS secara senyap-senyap memperluas medan peperangan ke wilayah Laos.

Antara tahun 1964-1973, tentera AS melakukan 580,000 kali pengeboman udara dengan menjatuhkan sekitar 270 juta bom seberat lebih dari 2 juta tan, kebanyakan di antaranya adalah bom kluster yang sangat menakutkan.

Sebanyak 270 juta buah bom seberat 2 juta tan selama 9 tahun, ini bererti secara purata 8 bom kluster setiap minit dijatuhkan di wilayah Laos.

Jumlahnya lebih banyak daripada jumlah bom yang digunakan dalam Perang Dunia II.

Jumlah populasi Laos ketika itu tercatat sekitar dua juta orang, maksudnya setiap penduduk Laos terkena satu tan bom, oleh sebab itu, Laos merupakan negara yang mengalami pengeboman per kapita paling serius dalam sejarah manusia.

Walaupun peperangan sudah berakhir, penduduk Laos masih hidup dalam risiko peninggalan peperangan.

Pasukan pemusnah bom
Pasukan pemusnah bom

Menurut laporan Columbia Broadcasting System (CBS), sekitar 30% dari bom kluster yang dijatuhkan oleh AS di Laos adalah UXO, iaitu sekitar 80 juta buah bom yang dijatuhkan di Laos masih belum meletup.

Selama puluhan tahun belakangan ini, UXO tersebut selalu mengancam keselamatan rakyat Laos.

Sebagian tanah Laos tidak dapat digunakan akibat terdapat UXO tersebut, pembangunan negara dan pengembangan ekonomi Laos juga sangat terancam.

Menurut statistik badan pemerintahan Laos, antara tahun 1975-2013, lebih dari 50 ribu orang kehilangan nyawa akibat UXO tersebut, sejumlah besar antaranya adalah kanak-kanak.

Yang sangat ironik adalah, semua kos yang dibelanjakan oleh pemerintah AS untuk menyapu UXO antara tahun 1995-2013 hanya sebanyak kos yang dibelanjakan oleh AS untuk mengebom Laos selama 3 hari sahaja dalam Perang Vietnam.

Pada tahun 2016, Presiden AS ketika itu, Barak Obama berjanji akan menyalurkan tambahan kos sebanyak $90 juta dolar untuk pembersihan UXO, akan tetapi tidak meminta maaf untuk isu pengeboman.

Dengan pendidikan dan bantuan dari pelbagai kalangan sosial selama bertahun-tahun ini, jumlah mangsa akibat UXO dari seribu lebih pada masa awal pasca peperangan berkurang menjadi puluhan orang setiap tahun.

Namun UXO tersebut tetap menjadi ancaman besar bagi penduduk Laos.

Menurut laporan Vientiane Times, selama 25 tahun antara 1996-2020, pasukan pemusnah bom telah memusnahkan lebih 1.6 juta UXO yang terpendam dalam tanah seluas 70,000 hektar, antaranya lebih 4,200 buah bom amat besar.

Pekerjaan pembersihan bom secara tuntas kemungkinan akan menghabiskan waktu sekitar 50 tahun bahkan satu abad.

Hanya pada hujung tahun 2021 sahaja, 3 orang anggota pasukan pemusnah bom terkorban dalam pekerjaannya.

Untuk menjamin setiap inci tanah sudah diperiksa dan dapat digunakan pada masa depan, pekerjaan pemeriksaan setiap tanah seluas 1 ekar (0.4 hektar) akan menghabiskan waktu lebih 2 bulan.

Terdampak efisiensi yang rendah dan kos yang tinggi, proses pembersihan bom di Laos perlahan-lahan.

Walaupun landasan kereta api antara Boten-Vientiane terletak di kawasan barat laut Laos yang tidak banyak terpendam UXO, kepadatan UXO tetap sangat menakutkan.

Menurut laporan KPL pada Disember tahun 2016, di kawasan sekitar stesen Nateuy yang terletak di Landasan Kereta Api Boten-Vientiane sahaja telah ditemui zon UXO sepanjang 16.9 kilometer.

Ketika itu, Kementerian Pertahanan Laos memberitahu provinsi Luang Namtha bahawa pembersihan UXO di salah satu desa daripada 3 desa yang akan dilalui landasan kereta api masih belum selesai kerana ditemui bom di desa Nateuy, 70% pekerjaan tinjauan yang sudah selesai oleh syarikat China terpaksa dihentikan.

Apabila tiba di Luang Prabang, Liu Qianli, seorang ketua kejuruteraan dari PowerChina sangat terkejut dengan hutan primitif yang rimbun di kota kuno Luang Prabang dan auman binatang liar hutan.

Kemudian, yang lagi menakutkan ialah di hutan primitif tersebut terpendam UXO yang berjumlah besar.

Setelah dilakukan penyapuan oleh Kementerian Pertahanan Laos, ditemui pula belasan bom sepanjang 30cm~40cm di kawasan pembinaan.

“Zon tidak berpenghuni tidak menakutkan, yang menakutkan adalah terpendamnya UXO yang berjumlah besar di hutan rimbun tersebut, saya sangat tertekan”, katanya.

Menurut Li Bin, ketua projek Landasan Kereta Api China-Laos dari PowerChina yang telah berpengalaman 35 tahun, “Situasi hari pertama kedatangan saya ke sini tidak dapat dibayangkan.

Para militia sedang menyapu bom di bawah pimpinan ketua daerah, di belakangnya penduduk-penduduk tempatan sedang menebang pokok.

Mesin tidak boleh masuk ke sini, para pekerja terpaksa berjalan kaki. UXO di sini tidak mungkin habis dibersihkan dalam 100 tahun, proses pembinaan sangat berbahaya.”

Boleh dikatakan, kemungkinan besar ini merupakan salah satu projek landasan kereta api yang paling berbahaya di dunia. Walaupun demikian, kedua-dua pihak China dan Laos tidak putus asa, malah melakukan kerjasama secara erat.

Menurut laporan laman web BRI, untuk menjamin kelancaran projek ini, Kementerian Pertahanan Laos membentuk 6 unit penyapu UXO yang bekerja antara bulan Januari hingga Mei tahun 2017.

Untuk menghindari bahaya, pasukan pembinaan China terpaksa menghentikan pekerjaan, dan menyesuaikan cara pekerjaan walaupun kos projek bertambah akibatnya, serta mengirim pasukan pakar untuk membantu penyapuan UXO.

Satu laporan UN DESA tentang kemajuan BRI dan sasaran pembangunan mampan di Laos menunjukkan bahawa menurut data Jawatankuasa Pengelolaan Projek Landasan Kereta Api China-Laos pada tahun 2019, selama masa pembinaan dari Januari 2017 hingga Julai 2019, sekitar 459 UXO di tanah seluas 2,931 hektar serta 463,536 serpihan berkaitan telah dibersihkan.

Laporan tersebut menekankan bahwa di Laos terpendam sejumlah 80 juta buah UXO, untuk secara tuntas membersihkan semua UXO diperlukan lebih banyak dana dan sumber. Kerjasama China-Laos di bawah BRI dapat memainkan peranan yang substansial.

Pada 3 Januari, genap satu bulan setelah Landasan Kereta Api China-Laos dirasmikan. Pengangkutan penumpang dan kargo selama satu bulan ini sangat sibuk dalam satu bulan ini.

Menurut statistik China Railway Kunming Group Co.,Ltd., sampai 31 Disember 2021, terdapat 380 unit kereta api telah beroperasi di Landasan Kereta Api China-Laos dengan pengangkutan kargo seberat 150,000 tan.

Antara komoditi import dari Laos ke China adalah getah, batu besi dan baja kimia, manakala komoditi eksport dari China ke Laos adalah sayuran, buah-buahan dan produk electromekanik.

Selain itu, seksyen landasan dalam China tercatat telah mengangkut sekitar 580,000 orang penumpang.

Sampai 20 Disember 2021, Kereta Api China-Laos telah mengangkut sejumlah 22,000 orang penumpang dalam seksyen landasan dalam Laos.

Setiap hari, ramai penumpang Laos menikmati kemudahan kereta api, merasai perubahan positif kehidupan dan pekerjaan mereka yang didatangkan oleh Landasan Kereta Api China-Laos.

Vientiane Times melaporkan, dalam gerabak kereta api ramai penumpang berkata “ka ka ka” (ertinya sangat baik dalam bahasa Laos) sambil merakam video dengan telefon bimbit mereka yang menunjukkan air dalam gelas di atas meja sama sekali tidak tumpah.

Timbalan Presiden Persatuan Perdagangan dan Industri Nasional Laos, Bounlerd Luangpaserth dalam wawancaranya dengan wartawan Xinhua News Agency menyatakan bahawa Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2022 ini memiliki erti yang sangat penting dalam mendorong perdagangan bebas serantau, dengan demikian, Landasan Kereta Api China-Laos akan memberikan sumbangan yang lebih besar.

Walaupun Landasan Kereta Api China-Laos merupakan sebuah projek yang tidak dipersoalkan dan menang-menang, kritikan dari Barat tidak pernah henti.

Di Laos, AS menjatuhkan 2 juta tan bom, sedangkan China membina landasan kereta api sepanjang 1,035km.

Akan tetapi, media AS malah menghitamkan China dengan mengatakan bahawa “Landasan Kereta Api China-Laos menjerumuskan Laos ke dalam perangkap hutang”, bahkan mereka risau bahawa Laos akan semakin bergantung kepada China dalam bidang ekonomi dan akhirnya “terikat dengan China dalam bidang politik”.

Pada hari Landasan Kereta Api China-Laos dirasmikan, pakar penganalisis hubungan antarabangsa Inggris, Tom Fowdy menyatakan, media Barat giat menyampaikan maklumat pelik kepada rakyat Laos bahawa “Pengebom adalah kawan kamu, tetapi orang yang membantu pembinaan landasan kereta api adalah musuh kamu”.

Tom Fowdy berkata, komen media Barat itu bersifat sangat menghinakan, juga mengabaikan sejarah moden Laos.

Siapa pun yang mengenal sejarah Laos tahu bahawa negara yang mengerikan adalah AS, bukan China.

“AS-lah yang menjatuhkan bom curah di Laos, sehingga sebelum pembinaan landasan kereta api dimulai, UXO tersebut harus dibersihkan dahulu.

Mengapa media Barat tidak ambil peduli terhadap kekerasan tersebut? Mengapa mereka menyebut China sebagai ‘ancaman yang benar’ bagi Laos, sedangkan tingkah laku AS dan sekutunya sesuai dengan ‘manfaat yang benar’ bagi Laos?”

China membantu Laos membina landasan kereta api yang dapat menghasilkan keuntungan ekonomi yang besar, namun digambarkan oleh Barat sebagai “landasan kereta api yang penuh niat buruk”, sedangkan fakta AS yang menjatuhkan ratusan juta bom di Laos malah “dilupakan”.

Tom Fowdy mengatakan, Landasan Kereta Api China-Laos memberikan contoh bagaimana media Barat memutarbalikkan fakta dan menyembunyikan kebenaran, sekaligus mengabaikan fakta yang serius.

Pada 21 Disember 2021, jurucakap Kementerian Luar Negeri China, Zhao Lijian berkata, Landasan Kereta Api China-Laos adalah projek flagship kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua-dua negara dan pembangunan bersama BRI.

Dalam setengah bulan setelah dirasmikan, Landasan Kereta Api China-Laos telah menghasilkan keuntungan yang sebenarnya bagi kedua-dua negara.

Perdana Menteri Laos, Phankham Viphavanh pernah membantah fitnahan terhahap Landasan Kereta Api China-Laos.

Beliau berkata, kononnya “Jalur Kereta Api China-Laos telah membuatkan Laos terperosok ke dalam perangkap hutang” sepenuhnya adalah fitnahan.

Katanya, Landasan Kereta Api China-Laos sesuai dengan keperluan pembangunan Laos, akan mendorong komunikasi personel dan perdagangan, serta mendatangkan lebih banyak kesejahteraan kepada rakyat Laos.

Zhao Lijian berkata, betul-betul seperti apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri Phankham, Landasan Kereta Api China-Laos sesuai dengan keperluan pembangunan Laos.

Laos kaya dengan sumber semula jadi dan memiliki potensi pembangunan yang sangat besar.

Salah satu halangan utama yang dihadapi Laos sebagai negara pedalaman adalah pengangkutannya yang tidak senang. Landasan Kereta Api China-Laos akan membantu Laos melaksanakan strategi “Menukar negara dengan tanah yang terkunci (landlocked country) menjadi tanah penghubung antara negara (land-linked country)”, mengaktifkan daya hidup pembangunan Laos dan mendekatkan jarak antara Laos dengan dunia luar, agar dunia luar dapat mengenal Laos secara lebih komprehensif lagi mendalam.

Sumber: www.guancha.cn