OKT mati dalam lokap, dua anggota polis antara empat ditahan

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai dua anggota polis dan dua orang kena tuduh (OKT) ditahan pada Jumaat berikutan kematian mengejut seorang OKT lelaki berusia 63 tahun di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Perak pada Khamis.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman telah memulakan siasatan sejurus menerima laporan.

"Hasil siasatan membawa kepada penahanan dua OKT lain dan dua anggota polis. Kesemua mereka direman oleh Majistret Mahkamah Taiping selama tujuh hari mulai Jumaat hingga 20 Januari untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan USJKT Bukit Aman membuka kertas siasatan berhubung kematian OKT berusia 63 tahun yang merupakan tahanan tumpang dari Penjara Taiping.

Mangsa telah dituduh pada 18 April lalu di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

OKT berkenaan telah ditempatkan di lokap IPD Taiping selepas sebutan pertama kes pada Selasa, sementara menanti sebutan seterusnya pada Jumaat, katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan: