X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Imam mandikan remaja seperti jenazah letak jawatan

Gambar kecil: Mohd Zawawi Ahmad Mughni
A
A

SHAH ALAM - Imam yang terbabit dalam kontroversi memandikan remaja seperti jenazah selepas diberkas cuba mencuri tabung masjid meletakkan jawatan berkuat kuasa pada Jumaat.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima permohonan peletakan jawatan itu.

Beliau bagaimanapun berkata, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan meneliti hasrat peletakan jawatan imam terbabit dalam semua aspek demi kebaikan bersama semua pihak.

"Memang beliau sudah letak jawatan namun kita akan pertimbangkan sama ada untuk terima atau tolak (permohonan perletakan jawatan itu).

"Kita akan tengok keadaan, jangan kerana (peletakan) itu menyebabkan tidak ada imam gantian, kita akan teliti hasrat imam tersebut untuk kebaikan bersama,” katanya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Zawawi mengakui, sebagai tokoh agama tempatan, individu bergelar imam atau nazir tidak sewajarnya menjatuhkan hukuman sendiri sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Patutnya kita beri keterangan kepada polis untuk selesaikan kerana tugas imam sebagai da’i, beri nasihat dan bimbingan kepada individu bermasalah, bukan buat tindakan sendiri,” katanya.

Remaja terbabit, Daniel Iskandar, 19, dipenjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Pada Isnin lalu, tular video memaparkan seorang remaja dimandikan seperti jenazah selepas ditangkap kerana mencuri tabung di Masjid Al Islahiah Kuang, Rawang.

Remaja terbabit turut dilumur dengan kapur barus oleh ahli beberapa individu dipercayai ahli jawatankuasa pengurusan masjid dan diawasi oleh beberapa penduduk kampung berkenaan.

Berikutan itu wujud pendebatan umum di laman sosial apabila ada pihak menyokong tindakan pengurusan masjid itu sebagai pengajaran dan sebaliknya kerana ia disifatkan tidak menghormati undang-undang.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!