X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 25 Mei 2022

JKMR saran Azam Baki ambil cuti

Azam Baki - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) berpendapat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki perlu mengambil cuti, ketika kes pemilikan saham beliau disiasat pihak berkuasa.

Pengerusinya, Tan Sri Rais Yatim berkata, mengikut amalan biasa, mereka yang disiasat atas kes salah laku akan digantung kerja, namun terdapat juga kes individu berjawatan lebih tinggi yang disiasat, tetapi tidak direhatkan.

"Dalam hal ini, fakta berkaitan Azam Baki bukan kriminal atau perbuatan jenayah tetapi mungkin salah laku atau tidak dapat menyempurnakan tugas.

"Justeru pandangan kami (JKMR) juga ialah beliau (Azam) mengambil cuti sebentar (sementara) dan biar pihak bertanggungjawab menjalankan tugas mereka.

"Terserah kepada SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) untuk beri cuti atau tidak, tapi harus mengambil natijah amalan yang sedang berlaku melibatkan kes berprofil tinggi, dan mereka (individu disiasat) tidak mengambil cuti," katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Rais yang juga Yang Dipertua Dewan Negara berkata JKMR turut berpendirian isu perisytiharan harta Azam Baki perlu menjadi perkara utama dalam siasatan yang sedang berjalan ketika ini.

Azam sebelum ini terpalit dengan kontroversi melibatkan pemilikan sejumlah saham Gets Global Bhd dan Excel Force MSC Bhd antara tahun 2015 dan 2016 semasa beliau menjadi Pengarah Penyiasatan SPRM. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!