X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 25 Mei 2022

Remaja curi tabung masjid untuk beli dadah: Polis

A
A

SUNGAI BULOH - Tindakan seorang remaja mencuri tabung masjid dikenal pasti bertujuan bagi mendapatkan wang mendapatkan bekalan dadah, bukan untuk membeli ubat datuknya.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar.

Superintendan Shafa’aton Abu Bakar
Superintendan Shafa’aton Abu Bakar

"Siasatan awal kita dapati remaja berusia 19 tahun itu mencuri tabung untuk beli dadah bukannya beli ubat atuknya seperti dakwaan yang tular di media sosial.

"Turut dikesan remaja terbabit terlibat dengan penyalahgunaan dadah sejak kira-kira setahun lalu," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Pada Khamis, remaja yang videonya tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti 'jenazah' akibat cuba mencuri tabung masjid, dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000.

Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu terhadap Daniel Iskandar, 19, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara 10 hari itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada Ahad lalu.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda tersebut dia boleh dipenjara selama lima bulan.

Kesalahan itu dilakukan Masjid Al Islahiah Kilometer (km) 28 Kuang, Rawang, di sini pukul 11.58 malam pada 8 Januari lalu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!