X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 19 Mei 2022

Pesta Ponggal

A
A

Penganut agama Hindu berdoa selepas selesai memasak susu lembu di dalam belanga ketika menyambut Pesta Ponggal di Kuil Aru Megu Sree Veera Hanuma Temple, Brickfields hari ini.

Pesta Ponggal disambut setiap tahun pada hari pertama bulan ‘Thai’ mengikut kalendar Tamil sebagai tanda meraikan hasil pertanian, dengan harapan tuaian pada tahun berikutnya akan lebih baik.

Pada hari tersebut, beras dimasak dengan susu dan gula perang dalam periuk tanah baharu, ketika matahari terbit atau waktu dianggap bertuah sehingga susu melimpah sambil melaungkan ‘Ponggaloo Ponggal’.

Masakan tersebut akan dihidangkan kepada Dewa Matahari sebelum dijamu kepada ahli keluarganya. - Foto Bernama.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!