X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 17 Januari 2022

Covid-19 catat 3,346 kes baharu hari ini

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Sebanyak 3,346 kes positif Covid-19 direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 49 kes atau 1.5 peratus adalah kategori tiga hingga lima.

"Selebihnya, 3,297 kes atau 98.5 peratus merupakan kategori satu dan dua," katanya.

Menurutnya, terdapat 267 kes merupakan jangkitan import yang membabitkan 196 rakyat tempatan dan 71 warga asing.

"Penularan dalam negara pula adalah 3,079 yang melibatkan 2,941 rakyat tempatan dan 138 warga asing," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, jumlah kumulatif kes positif adalah 2,802,263 kes.

"Seramai 204 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 95 memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, KKM turut merekodkan 3,052 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif, 2,729,943 kes.

Sementara itu, terdapat tiga kluster baharu dikenal pasti dengan jumlah keseluruhannya, 6,195 kluster.

"Daripada jumlah itu, 6,023 kluster telah diisytiharkan tamat manakala 172 lagi masih aktif," katanya.

Pada perkembangan lain, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 486 varian baharu dilaporkan bagi tempoh 10 hingga 14 Januari.

Katanya, Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti Universiti Malaysia Sarawak (ICHM- UNIMAS) mengenal pasti 317 kes varian baharu yang kesemuanya adalah Delta.

"Fakulti Perubatan Universiti Malaya pula mengenal pasti 84 kes baharu varian Delta," katanya.

Selain itu, 58 kes baharu dikenal pasti oleh Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) manakala Institut Perubatan Biologi Molekular Universiti Kebangsaan Malaysia turut mengenal pasti 27 varian Delta.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai varian membimbangkan (VOC) dan varian berkepentingan (VOI) sebanyak 6,246 kes," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!