'Beritahu kami apa perlu buat'

Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto Bernama
Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan kerajaan menangani insiden pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang, Johor.

Ini susulan terdapat kritikan dilemparkan khususnya kepada Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dalam mengambil langkah berdepan isu tersebut.

"Mereka yang kritik kami patut datang sebelum kami buat apa-apa dan beritahu kami apa perlu dibuat dan kami akan ikut," katanya dalam sidang media selepas penyerahan replika kad keahlian kepada wakil rakyat Sabah yang menyertai Bersatu hari ini.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berpuas hati dengan kerja-kerja dilakukan untuk menangani kesan akibat pencemaran sisa bahan kimia tersebut.

"Kakitangan hospital telah melakukan kerja dengan sangat baik. Ia bukan sesuatu yang biasa apabila orang keracunan bahan kimia tetapi mereka telah berjaya cegah kematian daripada berlaku.

"Secara keseluruhannya pengendalian masalah ini di Pasir Gudang sangat bagus dan saya tak nampak ada keperluan untuk umum langkah kecemasan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Pencemaran bahan kimia perkara serius'

Artikel Berkaitan: